JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramSeni Lakon Teater [R900-002-3:2016]
Kod CUR900-002-3:2016-C05
CompetencyCore
Tajuk CULAKONAN TEATER BANGSAWAN
Penerangan CULakonan Teater Bangsawan adalah satu bentuk lakon pentas atau teater melayu yang mempunyai sifat moden, terutamanya dari segi bentuk persembahannya. Bangsawan juga dikatakan teater “transisi” iaitu teater yang mengalami peralihan dari tradisional ke moden. Lakonan Bangsawan antaranya mempunyai ciri-ciri lakonan ‘‘Stylize’’, tarik nasib dan menggunakan dialog berirama.

Seorang pelakon Bangsawan boleh mempraktikkan olah tubuh, latih lontaran suara, latih gerak fizikal, latih improvisasi, latih konsentrasi, latih pengucapan teks, bina watak dan perwatakan, latih lakonan beriringan muzik, bersedia untuk persembahan, lakukan raptai penuh persembahan, dan lakukan persembahan dengan cemerlang mengikut naskhah.

Daripada keterampilan ini akan menghasilkan seorang pelakon yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang boleh menterjemah watak di atas pentas, berlakon bersama rakan lakon dan mewujudkan variasi hubungan dengan watak lain di dalam persembahan dengan gaya lakonan Bangsawan.
Tempoh Latihan320
Objektif PembelajaranIndividu yang berketerampilan dalam unit kompetensi ini akan menghasilkan seorang pelakon yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang boleh menterjemah watak di atas pentas, berlakon bersama rakan lakon dan mewujudkan variasi hubungan dengan watak lain di dalam persembahan dengan gaya lakonan Bangsawan.

Setelah melengkapkan CU ini pelatih boleh melakukan perkara seperti berikut:

1. Olah Tubuh Pelakon
2. Latih Lontaran Suara Pelakon
3. Latih Gerak Fizikal Pelakon
4. Latih Improvisasi Lakon
5. Latih Konsentrasi Pelakon
6. Latih Pengucapan Teks
7. Bina Watak dan Perwatakan (stylize)
8. Latih Lakonan Beriringan Muzik
9. Bersedia untuk Persembahan
10. Lakukan Raptai Penuh Persembahan
11. Persembahkan Teater Bangsawan
Pra-Syarat0