Job Description (JD)
Nama Program | Seni Lakon Teater [R900-002-3:2016] |
---|---|
Kod CU | R900-002-3:2016-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKONAN TEATER TRADISIONAL |
Penerangan CU | Lakonan Teater Tradisional adalah sebuah bentuk persembahan serta pertunjukan yang kebanyakannya meliputi cerita-cerita rakyat berdasarkan tradisi yang mewakili daerah-daerah dan negeri-negeri seperti Makyung, Mek Mulong, Randai, Jikey dan lain-lain. Kebanyakan cerita-ceritanya disampaikan secara lisan dari generasi lama ke generasi baru. Perubahan zaman turut mempengaruhi jalan cerita yang dipersembahkan. Teater Tradisional juga merupakan teater yang didukung oleh masyarakat desa. Bentuk teater ini mempunyai ciri-ciri bebas dan tidak terikat oleh kaedah-kaedah pertunjukan yang tetap, sifatnya spontan dan improvisasi. Seseorang yang berupaya di dalam Seni Lakon Tradisional seharusnya boleh lakukan olah tubuh pelakon, latih lontaran suara, latih gerak fizikal, latih pengucapan teks,latih konsentrasi,latih perwatakan watak, latih beriringan muzik, lakukan raptai persembahan, dan lakukan raptai penuh persembahan Hasil pembelajaran pelakon akan mampu melakonkan setiap gerak kerja lakonan dan watak dengan menggunakan kaedah dan teknik seni lakon tradisional. |
Tempoh Latihan | 310 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang berketerampilan dalam Unit Kompitensi ini akan mampu melakonkan setiap gerak kerja lakonan dan watak dengan menggunakan kaedah dan teknik seni lakon tradisional. Setelah melengkapkan CU ini pelatih boleh melakukan perkara seperti berikut : 1. Olah tubuh pelakon 2. Latih lontaran suara pelakon 3. Latih gerak fizikal pelakon 4. Latih Improvisasi lakon 5. Latih konsentrasi pelakon 6. Latih pengucapan teks 7. Bina watak dan perwatakan 8. Latih lakonan beriringan muzik 9. Bersedia untuk Persembahan 10. Lakukan Raptai Penuh Persembahan 11. Persembahkan Teater Tradisional |
Pra-Syarat | 0 |