Job Description (JD)
Nama Program | PENGAJARAN TAHFIZ [P854-002-3:2016] |
---|---|
Kod CU | P854-002-3:2016-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PELAKSANAAN PENGAJARAN ASAS FARDHU AIN |
Penerangan CU | Laksana Pengajaran Asas Fardhu Ain menerangkan keperluan untuk mengajar asas fardhu ain seperti adab hamalah al-Quran, ilmu tauhid, ilmu fekah, ilmu akhlak/ tasawuf, ilmu fekah wanita di samping membantu menyediakan jadual waktu pembelajaran, bahan-bahan pengajaran dan penilaian. Individu yang berketrampilan dalam CU ini mesti boleh mengajar adab hamalah al-Quran, mengajar ilmu tauhid berkaitan ilahiyyat, mengajar ilmu tauhid berkaitan al-Risalah, mengajar ilmu tauhid berkaitan al-Sam’iyyat, mengajar ilmu fekah berkaitan taharah, mengajar ilmu fekah berkaitan solat , mengajar ilmu fekah wanita berkaitan taharah, mengajar ilmu fekah wanita berkaitan solat, mengajar ilmu akhlak/tasawuf. Individu yang kompeten dalam CU ini mesti boleh mengajar ilmu-ilmu asas fardhu ain dan mengaplikasikan dalam pengajaran. |
Tempoh Latihan | 450 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang kompeten dalam CU ini akan boleh melaksanakan ibadah fardhu Ain berdasarkan mazhab as-syafie. Selepas menyempurnakan unit kompetensi ini pelatih akan boleh : 1. Mengajar Adab Hamalah Al-Quran 2. Mengajar ilmu tauhid berkaitan al-ilahiyyat, 3. Mengajar ilmu tauhid berkaitan al-Risalah 4. Mengajar ilmu tauhid berkaitan al-Sam’yyat 5. Mengajar ilmu fekah berkaitan taharah 6. Mengajar ilmu fekah berkaitan solat. 7. Mengajar Ilmu Fekah Wanita berkaitan taharah 8. Mengajar Ilmu Fekah Wanita berkaitan solat 9. Mengajar ilmu akhlak/tasawuf |
Pra-Syarat | Tiada |