Job Description (JD)
Nama Program | PENGAJARAN TAHFIZ [P854-002-3:2016] |
---|---|
Kod CU | P854-002-3:2016-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PELAKSANAAN DISIPLIN IBADAH DAN RIADHAH |
Penerangan CU | Pelaksanaan disiplin ibadah dan riadhah menerangkan kompetensi dalammenguruskan disiplin ibadah berkaitan solat fardhu,solat sunat,zikir, doa, qiamullail dan aktiviti riadhah yang mengikut kehendak syarak dipatuhi. Individu yang kompeten dalam CU ini akan boleh urus disiplin sebelum, semasa dan selepas solat, bimbing amalan wirid dan doa, urus tempat solat, bimbing qiyamullail, rancang riadhah pelajar dan urus selia aktiviti riadhah pelajar. Hasil daripada CU ini akan melahirkan Individu yang kompeten dalam memastikan semua peraturan dan disiplin berkaitan pelaksanaan ibadah dan riadhah dilaksanakan secara sempurna dan istiqamah |
Tempoh Latihan | 100 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang kompeten dalam CU ini akan boleh melaksanakan displin ibadah dan riadah mengikut panduan dan peraturan madrasah. Selepas menyempurnakan unit kompetensi ini pelatih akan boleh : 1. Kuat Kuasa Disiplin Sebelum, Semasa Dan Selepas Solat 2. Bimbing Amalan Wirid Dan Doa 3. Urus Tempat Solat 4. Bimbing Qiyamullail 5. Urus Selia Aktiviti Riadhah Pelajar |
Pra-Syarat | Tiada |