Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Tahfiz [P854-001-3:2016] |
---|---|
Kod CU | P854-001-3:2016-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PELAKSANAAN PENGAJARAN ASAS FARDHU AIN |
Penerangan CU | Laksana Pengajaran Asas Fardhu Ain menerangkan keperluan untuk mengajar asas fardhu ain seperti adab hamalah al-Quran, ilmu tauhid, ilmu fekah, ilmu akhlak/ tasawuf, ilmu fekah wanita di samping membantu menyediakan jadual waktu pembelajaran, bahan-bahan pengajaran dan penilaian. Individu yang berketrampilan dalam CU ini mesti boleh mengajar adab hamalah al-Quran, mengajar ilmu tauhid berkaitan ilahiyyat, mengajar ilmu tauhid berkaitan al-Risalah, mengajar ilmu tauhid berkaitan al-Samâiyyat, mengajar ilmu fekah berkaitan taharah, mengajar ilmu fekah berkaitan solat , mengajar ilmu fekah wanita berkaitan taharah, mengajar ilmu fekah wanita berkaitan solat, mengajar ilmu akhlak/tasawuf. Individu yang kompeten dalam CU ini mesti boleh mengajar ilmu-ilmu asas fardhu ain dan mengaplikasikan dalam pengajaran. |
Tempoh Latihan | 240 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang kompeten dalam CU ini mesti boleh menguasai ilmu-ilmu asas Fardhu Ain dan mengaplikasikan dalam pengajaran. Bagi memenuhi keperluan dalam CU ini, pelatih boleh : - 1. Mengajar Adab Hamalah Al-Quran 2. Mengajar Asas Ilmu Tauhid 3. Mengajar Ilmu Fekah Berkaitan Taharah 4. Mengajar Ilmu Fekah Berkaitan Solat 5. Mengajar Ilmu Akhlak/Tasawuf |
Pra-Syarat | TIADA |