Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Mutawwif Umrah Dan Ziarah [N791-001-4:2016] |
---|---|
Kod CU | N791-001-4:2016-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PELAKSANAAN PROSEDUR UMRAH SEMASA TIBA DAN BALIK DARI TANAH SUCI DI LAPANGAN TERBANG |
Penerangan CU | Pelaksanaan Prosedur Umrah Semasa Tiba Dan Balik Dari Tanah Suci Di Lapangan Terbang menerangkan kompetensi dalam aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan oleh wakil syarikat semasa berada di lapangan terbang hingga keluar bagi memastikan jemaah mengikut prosedur ketibaan dan kepulangan dari tanah suci bagi urusan berjalan dengan lancar. Individu yang kompeten dalam CU ini akan boleh urus prosedur imigresen jemaah semasa tiba dan pulang dari tanah suci, urus kebajikan jemaah semasa tiba dan pulang dari tanah suci, urus bagasi jemaah ke hotel, laksanakan taklimat pulang dari tanah suci, urus bagasi jemaah keluar dari hotel, urus bagasi jemaah di lapangan terbang, pastikan jemaah berada dalam pesawat dan pastikan kebajikan jemaah dalam pesawat Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang kompeten dalam memastikan aktiviti semasa ketibaan dan kepulangan semasa di lapangan terbang berjalan lancar dan mengikut prosedur. |
Tempoh Latihan | 600 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang kompeten dalam CU ini akan boleh memastikan aktiviti semasa ketibaan dan kepulangan semasa di lapangan terbang berjalan lancar dan mengikut prosedur. Selepas menyempurnakan unit kompetensi ini, pelatih akan boleh: 1. Urus Prosedur Imigresen Jemaah Semasa Tiba Dan Pulang Dari Tanah Suci 2. Urus Kebajikan Jemaah Semasa Tiba Dan Pulang Dari Tanah Suci 3. Urus Bagasi Jemaah Ke Hotel 4. Laksanakan Taklimat Pulang Dari Tanah Suci. 5. Urus Bagasi Jemaah Keluar Dari Hotel. 6. Urus Bagasi Jemaah Di Lapangan Terbang. |
Pra-Syarat | Lulus tahap 3 |