Job Description (JD)
Nama Program | PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN MAMACARE [Q869-002-4:2016] |
---|---|
Kod CU | Q869-002-4:2016-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUTAN SELEPAS BERSALIN |
Penerangan CU | Pengurutan selepas bersalin adalah satu proses sentuhan dan tekanan menggunakan jari jemari, tapak tangan dan siku mengikut teknik yang spesifik kepada ibu selepas bersalin berpandu kepada ilmu dan amalan urutan tradisional Melayu yang diwarisi turun-temurun. Seseorang yang kompeten dalam pengurutan selepas bersalin berupaya melakukan urutan kesejahteraan, urutan terapi kelahiran normal, urutan terapi kelahiran secara pembedahan, urutan rengat dan urutan kelancaran pengaliran susu berpandukan kepada ilmu dan amalan perubatan tradisional Melayu yang diwarisi turun-temurun. Hasilan daripada unit kompetensi ini adalah untuk mengembalikan tahap kesihatan dan kesegaran fizikal serta kestabilan emosi. Di samping mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cantik. |
Tempoh Latihan | 265 |
Objektif Pembelajaran | Calon yang terampil dalam Unit Kompetensi ini dapat mengembalikan tahap kesihatan dan kesegaran fizikal serta kestabilan emosi. Di samping mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cantik. Setelah selesai Unit Kompetensi ini, calon mesti boleh: 1. Lakukan urutan kesejahteraan 2. Lakukan urutan terapi kelahiran normal 3. Lakukan urutan terapi kelahiran secara pembedahan 4. Lakukan urutan rengat 5. Lakukan urutan kelancaran pengaliran susu |
Pra-Syarat | MEMPUNYAI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA URUT TERAPI TAHAP 3 (MP-082-3:2011) |