JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN MAMACARE [Q869-002-4:2016]
Kod CUQ869-002-4:2016-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN PEMAKANAN SIHAT
Penerangan CUPenyediaan pemakanan sihat adalah satu proses bagi menyediakan makanan dan minuman sihat harian kepada ibu selepas bersalin serta ahli keluarganya berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Ibu Selepas Bersalin dan Ibu Menyusu, KKM 2016 serta Garis Panduan Pemakanan Dewasa, KKM 2012 dan yang terkini.

Seseorang yang kompeten dalam Penyediaan Pemakanan Sihat berupaya merancang menu ibu selepas bersalin, merancang menu keluarga, menyediakan bahan mentah, memasak mengikut menu dan teknik serta merekod penyediaan makanan sihat.

Hasilan daripada unit kompetensi ini adalah untuk memastikan ibu selepas bersalin dan keluarganya dapat menikmati hidangan makanan bersih, selamat, dan menepati keperluan nutrien harian.
Tempoh Latihan146
Objektif PembelajaranCalon yang terampil dalam Unit Kompetensi ini dapat memastikan ibu selepas bersalin dan keluarganya dapat menikmati hidangan makanan bersih, selamat, dan menepati keperluan nutrien harian. Setelah selesai unit kompetensi ini, calon mesti boleh;

1. Rancang menu ibu selepas bersalin
2. Rancang menu keluarga
3. Sediakan bahan mentah
4. Masak mengikut menu dan teknik
5. Rekod proses penyediaan pemakanan sihat
Pra-Syarat0