JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN MAMACARE [Q869-002-4:2016]
Kod CUQ869-002-4:2016-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN BAYI BAHARU LAHIR
Penerangan CUPengendalian bayi baharu lahir ialah proses untuk membantu bayi dan ibu yang baharu bersalin menyesuaikan diri di alam baharu berdasarkan manual penjagaan postnatal bagi kegunaan Pengamal Tradisional Postnatal, KKM 2015 , manual penjagaan prenatal,KKM 2013, carta pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak, KKM 2007, modul latihan penyusuan susu ibu, kurikulum asuhan dan didikan kanak-kanak PERMATA serta yang terkini.

Seseorang yang kompeten dalam pengurusan bayi baharu lahir berupaya mendandan bayi, membantu penyusuan bayi, menidurkan bayi, membantu menguruskan uri dan merekod proses pengurusan bayi baharu lahir.


Hasilan daripada unit kompentensi ini adalah bagi memastikan pertumbuhan, perkembangan, kesihatan dan keselamatan bayi yang optimum serta mencegah jangkitan. Selain itu, ia juga merupakan sokongan sosial kepada ahli keluarga.
Tempoh Latihan165
Objektif PembelajaranCalon yang terampil dalam Unit Kompetensi ini dapat memastikan pertumbuhan, perkembangan, kesihatan dan keselamatan bayi yang optimum serta mencegah jangkitan. Selain itu ia juga merupakan sokongan sosial kepada ahli keluarga. setelah selesai Unit Kompetensi ini, calon mesti boleh;

1. Dandan bayi
2. Bantu penyusuan bayi
3. Tidurkan bayi
4. Urus uri
5. Rekod proses pengurusan bayi baharu lahir
Pra-SyaratNIL