Job Description (JD)
Nama Program | PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN MAMACARE [Q869-002-4:2016] |
---|---|
Kod CU | Q869-002-4:2016-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMULIHAN IBU SELEPAS BERSALIN |
Penerangan CU | Pemulihan ibu selepas bersalin adalah satu proses penjagaan ibu secara tradisional untuk mengembalikan kesihatan ibu selepas bersalin yang mengalami pelbagai perubahan fizikal dan tahap kesihatan. Penjagaan ibu ini adalah berpandukan kepada ilmu dan amalan perubatan tradisional Melayu yang diwarisi turun-temurun. Seseorang yang kompeten dalam pemulihan ibu selepas bersalin berupaya melakukan berdiang atau bersalai, memandikan ibu, bertungku, bertangas, berbengkung atau berbarut berparam, berpilis, sediakan minuman herba dan menguruskan komplikasi bentan. Hasilan daripada unit kompetensi ini adalah untuk mengembalikan tahap kesihatan dan kesegaran fizikal serta kestabilan emosi ibu selepas bersalin ke tahap normal. |
Tempoh Latihan | 174 |
Objektif Pembelajaran | Calon yang terampil dalam Unit Kompetensi ini dapat mengembalikan tahap kesihatan dan kesegaran fizikal serta kestabilan emosi ibu selepas bersalin. Setelah selesai Unit Kompetensi ini, calon mesti boleh; 1. Lakukan berdiang atau bersalai 2. Lakukan mandian herba 3. Lakukan bertungku 4. Lakukan bertangas 5. Pakaikan bengkung atau barut 6. Lakukan berparam dan berpilis 7. Sediakan minuman herba 8. Urus komplikasi bentan |
Pra-Syarat | NIL |