JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN MAMACARE [Q869-002-4:2016]
Kod CUQ869-002-4:2016-C05
CompetencyCore
Tajuk CUSENAMAN IBU SELEPAS BERSALIN
Penerangan CUSenaman Ibu Selepas Bersalin adalah satu proses pergerakan tubuh badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur mengikut Manual Senaman Antenatal dan Postnatal, KKM Tahun 2014 dan yang terkini serta mengikut amalan perubatan tradisional Melayu.

Seseorang yang kompeten dalam Senaman Ibu Selepas Bersalin berupaya menunjuk cara latihan pernafasan, tunjuk cara latihan anggota atas, tunjuk cara latihan gerakan pergelangan kaki dan lutut, tunjuk cara latihan otot abdomen, tunjuk cara latihan otot belakang, tunjuk cara latihan otot lantai pelvis (kemutan) dan rekod proses latihan senaman Ibu Selepas Bersalin

Hasilan daripada unit kompentensi ini adalah untuk mengembalikan kecergasan, melancarkan aliran darah, memperbaiki keanjalan otot-otot dan mencegah masalah berkaitan otot dalam kalangan ibu selepas bersalin.
Tempoh Latihan116
Objektif PembelajaranCalon yang terampil dalam Unit Kompetensi ini dapat mengembalikan kecergasan, melancarkan aliran darah, memperbaiki keanjalan otot-otot dan mencegah masalah berkaitan otot dalam kalangan ibu selepas bersalin. Setelah selesai Unit Kompetensi ini, calon mesti boleh:

1. Tunjuk cara latihan pernafasan.
2. Tunjuk cara latihan anggota atas
3. Tunjuk cara latihan gerakan pergelangan kaki dan lutut
4. Tunjuk cara latihan otot abdomen
5. Tunjuk cara latihan otot belakang
6. Tunjuk cara latihan otot lantai pelvis (kemutan)
7. Rekod proses latihan senaman ibu selepas bersalin
Pra-SyaratNIL