Job Description (JD)
Nama Program | PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN MAMACARE [Q869-002-5:2016] |
---|---|
Kod CU | Q869-002-5:2016-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN LATIHAN MAMACARE |
Penerangan CU | Pengurusan latihan MamaCare adalah proses untuk melatih pengamal MamaCare dalam mengendalikan perkhidmatan seperti urutan, pemulihan ibu selepas bersalin, penyediaan pemakanan sihat, pengendalian bayi baharu lahir, senaman ibu selepas bersalin dan pengurusan kerja-kerja umum berdasarkan amalan terbaik. Seseorang yang kompeten dalam menguruskan latihan MamaCare berupaya menganalisa keperluan latihan, merancang latihan, melakukan latihan, menyelaras dan menilai aktiviti latihan. Hasilan daripada unit kompetensi ini mampu menguruskan latihan menepati masa, menepati kumpulan sasar, mencapai objektif latihan dengan jayanya. |
Tempoh Latihan | 197 |
Objektif Pembelajaran | Calon yang terampil dalam Unit Kompetensi ini dapat menguruskan latihan menepati masa, menepati kumpulan sasar, mencapai objektif latihan dengan jayanya. Setelah selesai Unit Kompetensi ini, calon mesti boleh: 1. Analisa keperluan latihan 2. Rancang latihan 3. Lakukan latihan pengamal 4. Selaras aktiviti latihan |
Pra-Syarat | NIL |