Job Description (JD)
Nama Program | PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN MAMACARE [Q869-002-5:2016] |
---|---|
Kod CU | Q869-002-5:2016-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN OPERASI MAMACARE |
Penerangan CU | Pengurusan operasi MamaCare adalah satu proses untuk memastikan pelaksanaan dan kelancaran operasi MamaCare berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tahun 1994 (Akta 514). Seseorang yang kompeten dalam pengurusan operasi MamaCare berupaya untuk melakukan pengurusan pentadbiran MamaCare, menguruskan 3 K (Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan), menguruskan pengurusan pelanggan, mengurus promosi dan pemasaran serta melakukan penilaian perkhidmatan MamaCare Hasilan daripada unit kompetensi ini adalah untuk memastikan pengamal dapat menguruskan pentadbiran MamaCare dengan efisien dan komponen 3K diuruskan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Pengurusan dan promosi yang berkesan oleh pengamal dapat meningkatkan permintaan perkhidmatan dan produk. Penilaian perkhidmatan dan pengurusan pelanggan yang cekap dilakukan mampu meningkatkan kepuasan pelanggan. |
Tempoh Latihan | 225 |
Objektif Pembelajaran | Calon yang terampil dalam Unit Kompetensi ini dapat menguruskan pentadbiran MamaCare dengan efisien dan komponen kebersihan, keselamatan dan kesihatan (3K) diuruskan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pengurusan dan promosi yang berkesan oleh pengamal dapat meningkatkan permintaan perkhidmatan dan produk. Penilaian perkhidmatan dan pengurusan pelanggan yang cekap dilakukan mampu meningkatkan kepuasan pelanggan. Setelah selesai Unit Kompetensi ini, calon mesti boleh: 1. Urus pentadbiran MamaCare 2. Urus kebersihan, keselamatan dan kesihatan (3K) perkhidmatan MamaCare 3. Lakukan pengurusan pelanggan 4. Lakukan promosi dan pemasaran |
Pra-Syarat | NIL |