JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN MAMACARE [Q869-002-5:2016]
Kod CUQ869-002-5:2016-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN HERBA
Penerangan CUPengurusan herba adalah satu proses penyediaan herba untuk kegunaan sapuan, tuaman, pengewapan, mandian dan minuman bagi penjagaan ibu selepas bersalin berdasarkan amalan perubatan tradisional Melayu yang diwarisi turun temurun.

Seseorang yang kompeten dalam pengendalian herba berupaya melakukan analisis kegunaan herba, menyediakan herba sapuan, tuaman, pengewapan, mandian dan minuman serta melakukan penyimpanan herba.

Hasilan daripada unit kompentensi ini adalah untuk memastikan kegunaan herba menepati spesifikasi yang diamalkan dalam perubatan tradisional Melayu bagi modaliti penjagaan ibu selepas bersalin. Selain itu juga bagi memastikan ianya selamat dan mujarab
Tempoh Latihan260
Objektif PembelajaranCalon yang terampil dalam Unit Kompetensi ini dapat memastikan kegunaan herba menepati spesifikasi yang diamalkan dalam perubatan tradisional melayu bagi modaliti penjagaan ibu selepas bersalin. Selain itu juga bagi memastikan ianya selamat dan mujarab. Setelah selesai Unit Kompetensi ini, calon mesti boleh:

1. Analisa kegunaan herba
2. Sediakan herba sapuan
3. Sediakan herba tuaman
4. Sediakan herba pengewapan
5. Sediakan herba mandian
6. Sediakan herba minuman
7. Lakukan penyimpanan herba
Pra-SyaratNIL