JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN MAMACARE [Q869-002-5:2016]
Kod CUQ869-002-5:2016-C04
CompetencyCore
Tajuk CUKAWALAN STANDARD MAMACARE
Penerangan CUKawalan standard MamaCare adalah satu proses pengawalan piawaian pengamal tradisional melayu mengikut garispanduan amalan baik.

Seorang yang kompeten dalam kawalan standard MamaCare berupaya melakukan analisa perkhidmatan MamaCare, memudahcara perkhidmatan MamaCare, kawal standard perkhidmatan MamaCare, kawal standard pentadbiran MamaCare, kawal standard latihan MamaCare, kawal imej pengamal MamaCare dan kawal kualiti herba.

Hasilan daripada unit kompetensi ini adalah untuk memastikan standard MamaCare dipatuhi dengan berkesan.
Tempoh Latihan270
Objektif PembelajaranCalon yang terampil dalam Unit Kompetensi ini dapat memastikan standard MamaCare dipatuhi dengan berkesan. Setelah selesai Unit Kompetensi ini, calon mesti boleh:

1. Analisa perkhidmatan MamaCare
2. Memudahcara perkhidmatan MamaCare
3. Kawal standard perkhidmatan MamaCare
4. Kawal standard pentadbiran MamaCare
5. Kawal standard latihan MamaCare
6. Kawal imej pengamal MamaCare
7. Kawal kualiti herba
Pra-SyaratNIL