Job Description (JD)
Nama Program | Kewartawanan [J581-001-4:2016] |
---|---|
Kod CU | J581-001-4:2016-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Perancangan Pengumpulan Maklumat dan Berita |
Penerangan CU | Perancangan Pengumpulan Maklumat dan Berita adalah proses awal penghasilan berita berdasarkan lokasi melalui sumber sekunder yang diperolehi melalui bahan cetak elektronik dan video bagi menghasilkan proses awal editorial. Individu yang berketerampilan dalam CU ini boleh merancang dan menilai aktiviti liputan berjadual, merancang aktiviti liputan di luar jadual, menentukan berita susulan, mencadang bahan berita trending / viral, memantau berita akhbar / media lain. Hasil daripada keterampilan ini, jadual harian yang lengkap dikeluarkan bagi membolehkan operasi liputan dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan menghasilkan bahan bermutu untuk penerbitan. |
Tempoh Latihan | 250 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada kompetensi ini, jadual harian yang lengkap dikeluarkan bagi membolehkan operasi liputan dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan menghasilkan bahan bermutu untuk penerbitan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih mesti boleh:- 1. Rancang aktiviti liputan berjadual 2. Rancang aktiviti liputan di luar jadual 3. Tentukan berita susulan 4. Cadang berita trending/viral 5. Pantau berita akhbar/media lain |
Pra-Syarat | 0 |