Job Description (JD)
Nama Program | Kewartawanan [J581-001-4:2016] |
---|---|
Kod CU | J581-001-4:2016-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pembangunan Kemahiran Wartawan |
Penerangan CU | Pembangunan kemahiran wartawan adalah suatu proses melatih wartawan supaya menjadi lebih cekap dan melengkapkan mereka untuk menjadi lebih kompeten. Individu yang berketerampilan dalam CU ini boleh mengenalpasti kompetensi wartawan, menguasai ilmu ICT, memberi panduan penggunaan peralatan teknikal, memberi khidmat nasihat/motivasi dan menilai prestasi wartawan. Hasil daripada keterampilan ini wartawan berupaya menyumbang bahan berita yang baik dan berkualiti untuk diketengahkan kepada umum. |
Tempoh Latihan | 250 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada kompetensi ini membolehkan wartawan berupaya menyumbang bahan berita yang baik dan berkualiti untuk diketengahkan kepada umum. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih mesti boleh:- 1. Kenal pasti kompetensi wartawan 2. Kenal pasti penguasaan ICT wartawan 3. Rancang latihan penggunaan peralatan teknikal 4. Beri khidmat nasihat dan motivasi 5. Nilai prestasi wartawan |
Pra-Syarat | 0 |