JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKewartawanan [J581-001-5:2016]
Kod CUJ581-001-5:2016-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPerancangan Penerbitan Berita
Penerangan CUPerancangan Penerbitan Berita merujuk kepada kompetensi berkenaan tugas-tugas dalam proses merancang penerbitan berita yang bersesuaian dengan polisi organisasi media berdasarkan kepentingan / keperluan masyarakat / audien.

Individu yang memenuhi kompentensi ini mampu menentukan liputan berita untuk penerbitan; mampu mengkoordinasi temubual serta laporan eksklusif; mengendalikan mesyuarat editorial serta merancang analisis berita.

Hasil daripada keterampilan ini dapat menjadikan perancangan penerbitan berita yang menepati polisi organisasi media serta memenuhi kepentingan dan keperluan masyarakat
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranHasil daripada kompetensi ini membolehkan perancangan penerbitan berita yang menepati polisi organisasi media serta memenuhi kepentingan dan keperluan masyarakat. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih mesti boleh:-
1. Tentukan liputan berita dan rencana
2. Koordinasi temu bual / laporan eksklusif
3. Rancang analisis berita dan rencana
4. Kendali mesyuarat bersama petugas
Pra-Syarat0