Job Description (JD)
Nama Program | Kewartawanan [J581-001-5:2016] |
---|---|
Kod CU | J581-001-5:2016-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pengurusan Produk Penerbitan |
Penerangan CU | Pengurusan produk penerbitan adalah satu tugas utama dalam memastikan produk pemasaran iklan, penerbitan bahan berita, kualiti cetakan, ketepatan fakta dan populariti pada produk mencapai sasaran syarikat. Individu yang berketerampilan dalam CU ini, boleh merangka pelan strategik untuk meluaskan pemasaran, meningkatkan kualiti pemberitaan, kecekapan dalam menentukan fakta berita dan mutu penerbitan. Hasil daripada keterampilan ini akan menaikkan imej syarikat, meluaskan pasaran produk dan kompetetif selain menjana pendapatan organisasi. |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada kompetensi ini membolehkan menghasilkan penerbitan terancang dan berkualiti. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih mesti boleh:- 1. Koordinasi pengedaran untuk jualan 2. Patuhi akta perundangan berkaitan media 3. Tentukan bajet liputan / tugasan 4. Laksana inovasi produk penerbitan |
Pra-Syarat | 0 |