Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Desa [FB-017-3:2015] |
---|---|
Kod CU | FB-017-3:2015-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENTADBIRAN DESA |
Penerangan CU | Pentadbiran Desa adalah kompetensi peran-cangan,penyusunan, pemimpinan dan pengawalan aspek pentadbiran sesebuah kampung dalam usaha memastikan semua rancangan kepimpinan masyarakat dan kemajuan kampung dapat disempurnakan dengan lancar dan teratur sehingga tercapainya matlamat dan wawasan desa yang ditentukan. Penjawat yang terampil dalam mentadbir fungsi Pentadbiran Desa hendaklah boleh membangunkan Pelan Strategik Pengurusan Desa, melaksanakan pembangunan Sistem Tadbir Desa, urus Sumber Pentadbiran Desa, Urus Sistem Fail dan Rekod Desa, dan Urus Prestasi Pengurusan Desa mengikut keperluan masyarakat dan ketetapan kerajaan. Hasil dari unit kompetensi ini akan memastikan perjalanan sistem tadbir desa yang cekap, sistematik, penyampaian yang tepat dan mencapai matlamat pengurusan desa berpandukan Pelan Strategik Pengurusan Desa dan ketetapan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. |
Tempoh Latihan | 280 |
Objektif Pembelajaran | Hasil dari unit kompetensi ini akan memastikan perjalanan sistem tadbir desa yang cekap, sistematik, penyampaian yang tepat dan mencapai matlamat pengurusan desa berpandukan Pelan Strategik Pengurusan Desa dan ketetapan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Setelah menyempurnakan unit Kompetensi ini, pelatih akan boleh: 1. Bangunkan Pelan Strategik Pengurusan Desa 2. Bangunkan Sistem Tadbir Desa 3. Uruskan Sumber Pentadbiran Desa 4. Uruskan Sistem Fail dan Rekod Desa 5. Uruskan Perakuan Dokumen 6. Uruskan Runding Damai Desa 7. Tadbir Prestasi Pengurusan Desa |
Pra-Syarat | 0 |