Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Desa [FB-017-3:2015] |
---|---|
Kod CU | FB-017-3:2015-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | KOMUNIKASI DESA |
Penerangan CU | Komunikasi Desa adalah kompetensi perhubungan dan penyampaian maklumat sesama ahli masyarakat, antara pemimpin dan pengikut, dari kerajaan kepada ahli masyarakat dan sebaliknya serta pihak-pihak ketiga dalam sistem budaya, sosial dan pentadbiran desa. Pengurusan komunikasi desa menjadi amat penting dan kritikal memandangkan semua keputusan-keputusan dan corak tindakan dari pihak-pihak yang berkomunikasi amat bergantung kepada kefahaman dan persepsi hasil dari proses komunikasi itu sendiri. Penjawat yang terampil dalam mentadbir fungsi komunikasi Desa hendaklah boleh melaksanakan mesyuarat Desa, taklimat Desa, urus laman sesawang desa, program promosi desa dan bangunkan Profil Desa mengikut keperluan ahli masyarakat dan ketetapan pihak kerajaan. Hasil dari unit kompetensi ini akan memastikan penyampaian maklumat yang tepat, jelas dan terkini menepati objektif komunikasi desa, maklumat isu-isu masyarakat desa tersalur untuk penyelesaian tanpa lengah, pembentukan masyarakat desa yang bermaklumat dan proses komunikasi Kerajaan dengan masyarakat mencapai matlamat berpandukan pelan strategi Pengurusan Desa dan ketetapan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. |
Tempoh Latihan | 220 |
Objektif Pembelajaran | Hasil dari unit kompetensi ini akan memastikan penyampaian maklumat yang tepat, jelas dan terkini menepati objektif komunikasi desa, maklumat isu-isu masyarakat desa tersalur untuk penyelesaian tanpa lengah, pembentukan masyarakat desa yang bermaklumat dan proses komunikasi Kerajaan dengan masyarakat dapat mencapai matlamat berpandukan Pelan Strategi Pengurusan Desa dan ketetapan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Setelah menyempurnakan Unit Kompetensi ini, pelatih akan boleh: 1. Laksanakan Mesyuarat Desa 2. Laksanakan Taklimat Desa 3. Uruskan Pengumpulan Maklumat Desa 4. Uruskan Laman Sesawang Desa 5. Bangunkan Profil Desa PRA |
Pra-Syarat | 0 |