JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Desa [FB-017-3:2015]
Kod CUFB-017-3:2015-C03
CompetencyCore
Tajuk CUKAWALAN & KESELAMATAN DESA
Penerangan CUKawalan & Keselamatan Desa adalah unit kompetensi yang meliputi fungsi perancangan, penyusunan, pimpinan dan kawalan yang memberikan faedah perlindungan dan bantuan kepada keselamatan hartabenda, nyawa, milikan-milikan dan ketenteraman penduduk desa dari ancaman-ancaman jenayah, bencana alam, kemalangan atau ancaman-ancaman lain sama ada terduga atau tidak.

Penjawat yang terampil dalam unit kompetensi ini hendaklah boleh melaksanakan penubuhan Biro Kawalan & Keselamatan Desa, pimpin pelaksanaan Program Kawalan Desa, Pimpin Pelaksanaan Program Keselamatan Desa, Urus Prestasi Biro Kawalan & Keselamatan Desa, dan Sedia laporan Biro Kawalan & Keselamatan Desa.

Hasil dari unit kompetensi ini akan memastikan kadar jenayah desa turun berterusan, penderaan kanak-kanak & penderaan rumahtangga sifar, penyalahgunaan dadah sifar, kacauganggu desa ditahap minima, kemalangan ditahap minima, mangsa bencana menerima bantuan, disamping pengurangan kesan bencana dan bantuan awal bencana mampu disedia, disampai dan diuruskan mengikut keperluan masyarakat desa dan ketetapan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranHasil dari unit kompetensi ini akan memastikan kadar jenayah desa turun berterusan, penderaan kanak-kanak & penderaan rumahtangga sifar, penyalahgunaan dadah sifar, kacauganggu desa ditahap minima, kemalangan ditahap minima, mangsa bencana menerima bantuan, disamping pengurangan kesan bencana dan bantuan awal bencana mampu disedia, disampai dan diuruskan mengikut keperluan masyarakat desa dan ketetapan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Setelah menyempurnakan unit Kompetensi ini, pelatih akan boleh: 1. Tubuhkan Biro Kawalan & Keselamatan Desa 2. Pimpin Perlaksanaan Program Kawalan Desa 3. Pimpin Perlaksanaan Program Keselamatan Desa 4. Uruskan Prestasi Biro Kawalan & Keselamatan Desa. 5. Sediakan laporan Prestasi Menyeluruh Biro Kawalan & Keselamatan Desa
Pra-Syarat0