Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Desa [FB-017-3:2015] |
---|---|
Kod CU | FB-017-3:2015-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DESA |
Penerangan CU | Pembangunan Infrastruktur Desa adalah kompetensi khusus dalam memastikan desa yang dipertanggungjawabkan mendapat kemudahan infrastruktur-infrastruktur dari kerajaan yang mencukupi selaras dengan dasar dan wawasan kerajaan. Fungsi ini meliputi tanggungjawab perancangan infrastruktur, menganalisa keperluan, mencadang pembangunan, mengusul dan memohon perlaksanaan pemulihan infrastruktur yang rosak, serta menyampaikan maklumat dan pandangan-pandangan berhubung dengan hal ehwal infrastruktur desa kepada pihak berwajib. Pemimpin desa yang terampil dalam mentadbir Pembangunan Infrastruktur Desa hendaklah boleh menubuhkan Biro Pembangunan Infrastruktur Desa, menyedia dan memasukkan cadangan Pembangunan Infrastruktur Desa, menyedia dan memasukkan cadangan kerja pembaikan infrastruktur desa, dan menyalur maklumat pembangunan infrastruktur desa mengikut keperluan masyarakat dan ketetapan kerajaan. Unit kompetensi ini akan menghasilkan cadangan pembangunan infrastruktur yang berobjektif dan berjustifikasi dapat dikemukakan dengan teratur, diluluskan dan terlaksana memenuhi keperluan masyarakat desa serta dapat mencapai sasaran-sasaran Kerajaan Negeri dan Persekutuan. |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Unit kompetensi ini akan menghasilkan cadangan pembangunan infrastruktur yang berobjektif lagi berjustifikasi dan dapat dikemukakan dengan teratur, diluluskan dan terlaksana memenuhi keperluan masyarakat desa serta dapat mencapai sasaran-sasaran Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Setelah menyempurnakan latihan unit Kompetensi ini, pelatih akan boleh: 1. Tubuhkan Biro Pembangunan Infrastruktur Desa 2. Masukkan Cadangan Pembangunan Infrastruktur Desa ke agensi bertanggungjawab 3. Masukkan permohonan pembaikan kerosakan infrastruktur desa ke agensi bertanggungjawab 4. Sediakan Laporan Pembangunan dan pembaikan Infrastruktur Desa |
Pra-Syarat | 0 |