JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Desa [FB-017-3:2015]
Kod CUFB-017-3:2015-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBANGUNAN MASYARAKAT DESA
Penerangan CUPembangunan Masyarakat Desa adalah fungsi yang mendorong kepada peningkatan mutu kehidupan bermasyarakat yang berterusan yang dicapai melalui penglibatan ahli masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bersepadu meliputi aspek kerohanian, sosio-ekonomi, pendidikan, dan kesihatan dengan semangat muhibbah dan bersatu padu yang membentuk budaya hidup sihat, selamat, harmoni dan sejahtera.

Penjawat yang terampil dalam mentadbir fungsi Pembangunan Masyarakat Desa hendaklah boleh tadbir Hal Ehwal Agama dan Pembangunan Insan, tadbir Hal Ehwal Kebajikan Desa, tadbir Hal Ehwal Belia, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian, tadbir Hal Ehwal Pendidikan dan Teknologi Maklumat Desa, tadbir Hal Ehwal Kesejahteraan Desa, tadbir Hal Ehwal Program Ekonomi Desa dan tadbir Hal Ehwal Pembangunan Wanita Desa.

Hasil dari unit kompetensi ini dapat menurunkan kadar persengketaan ahli masyarakat, meningkatkan keharmonian kaum, menurunkan kadar penduduk miskin tegar, meningkatkan pendapatan perkapita isi keluarga dalam tempoh yang disasarkan kerajaan, menerbitkan suasana kampung yang ceria dan bersih dengan ahli masyarakat yang aktif lagi produktif, membangkitkan sikap tolong menolong dan mendukung norma-norma kehidupan yang sihat dan membina, penurunan kadar jenayah, kadar pengangguran, kadar kemalangan dan peningkatan pencapaian pendidikan anak-anak desa dicapai dan memenuhi standard kemahiran pekerjaan yang meliputi kemahiran, pengetahuan dan sikap yang disampaikan secara bersistematik.
Tempoh Latihan600
Objektif PembelajaranHasil dari unit kompetensi ini dapat menurunkan kadar persengketaan ahli masyarakat, meningkatkan keharmonian kaum, menurunkan kadar penduduk miskin tegar, meningkatkan pendapatan perkapita isi keluarga dalam tempoh yang disasarkan kerajaan, menerbitkan suasana kampung yang ceria dan bersih dengan ahli masyarakat yang aktif lagi produktif, membangkitkan sikap tolong menolong dan mendukung norma-norma kehidupan yang sihat dan membina, penurunan kadar jenayah, kadar pengangguran, kadar kemalangan dan peningkatan pencapaian pendidikan anak-anak desa dicapai dan memenuhi standard kemahiran pekerjaan yang meliputi kemahiran, pengetahuan dan sikap yang disampaikan secara bersistematik. Setelah menyempurnakan unit Kompetensi ini, pelatih akan boleh:
1. Tadbir Hal Ehwal Agama dan Pembangunan Insan Desa
2. Tadbir Hal Ehwal Kebajikan Desa
3. Tadbir Hal Ehwal Belia, Sukan, Kebudayaan & Kesenian Desa
4. Tadbir Hal Ehwal Pendidikan dan Teknologi Maklumat Desa
5. Tadbir Hal Ehwal Kesejahteraan Desa
6. Tadbir Hal Ehwal Pembangunan Ekonomi Desa.
7. Tadbir Hal Ehwal Pembangunan Wanita Desa.
Pra-Syarat0