Job Description (JD)
Nama Program | Pengeluaran Karaginan Separa Tulen [AF-021-3:2015] |
---|---|
Kod CU | AF-021-3:2015-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGERINGAN DAN PENGISARAN ATC |
Penerangan CU | Pengeringan dan pengisaran ATC adalah satu proses pengeringan semula rumpai laut yang telah melalui proses pengalkalian dan pemotongan berbentuk cip (chips). ATC yang telah dihasilkan akan dikeringkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan seterusnya akan melalui proses pengisaran untuk menghasilkan SRC. Pengendali yang berkompeten dalam Pengeringan dan pengisaran ATC sewajarnya kompeten dalam mengenalpastikan hasilan peneutralan, mengaturkan kemudahan proses pengeringan, melaksanakan proses pengeringan, menyemak mutu pengeringan Kekompetenan kerja ini akan membolehkan pengamal berkeupayaan untuk menghasilkan ATC berkualiti pada kadar kekeringan yang mengikut spesifikasi yang dikehendaki supaya ianya mudah dikisar. |
Tempoh Latihan | 192 |
Objektif Pembelajaran | Personel yang kompeten dalam CU ini akan dapat melaksanakan proses pengeringan semula rumpai laut yang telah melalui proses pengalkalian dan pemotongan berbentuk cip (chips). ATC yang telah dihasilkan akan dikeringkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan seterusnya akan melalui proses pengisaran untuk menghasilkan SRC. Pada akhir pengajaran unit kompetensi ini, pelatih akan dapat: • Mengenalpasti hasilan pemotongan • Menyediakan kemudahan pengeringan • Mengendalikan proses pengeringan • Melaksanakan proses pengisaran |
Pra-Syarat | 0 |