Job Description (JD)
Nama Program | Operasi Pemulihan Dalam Komuniti [CC-017-3:2015] |
---|---|
Kod CU | CC-017-3:2015-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMULIHAN PELATIH OKU FIZIKAL |
Penerangan CU | Kurang Upaya Fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada kehilangan ATAU ketiadaan ATAU ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit menyebabkan ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain. Individu yang telah manjalani latihan ini boleh menerima permohonan pelatih, menilai permohonan pelatih, merancang latihan pelatih, melatih pelatih dan merekod maklumat pelatih. Hasil daripada pembelajaran ini, individu dapat menjalankan aktiviti pemulihan dengan cara yang betul dan berkesan. |
Tempoh Latihan | 300 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang mahir dalam Pemulihan Pelatih OKU - Fizikal boleh menjalankan aktiviti pemulihan dengan cara yang betul dan berkesan. Setelah menyelesaikan Unit Kompetensi ini, individu tersebut akan dapat:- • Terima permohonan pelatih OKU – Fizikal • Nilai permohonan pelatih OKU – Fizikal • Rancang latihan pelatih OKU – Fizikal • Latih pelatih OKU – Fizikal • Rekod maklumat pelatih OKU – Fizikal |
Pra-Syarat | 0 |