JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pemulihan Dalam Komuniti [CC-017-3:2015]
Kod CUCC-017-3:2015-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPEMULIHAN PELATIH OKU PENDENGARAN
Penerangan CU Kurang Upaya pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu; • Minimum • Sederhana • Teruk (severe) • Sangat teruk (profound)

Individu yang telah manjalani latihan ini boleh menerima permohonan pelatih, menilai permohonan pelatih, merancang latihan pelatih, melatih pelatih dan merekod maklumat pelatih.

Hasil daripada pembelajaran ini, individu dapat menjalankan aktiviti pemulihan dengan cara yang betul dan berkesan.
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranIndividu yang mahir dalam Pemulihan Pelatih OKU - Pendengaran boleh menjalankan aktiviti pemulihan dengan cara yang betul dan berkesan. Setelah menyelesaikan Unit Kompetensi ini, individu tersebut akan dapat:-
• Terima permohonan pelatih OKU – Pendengaran
• Nilai permohonan pelatih OKU – Pendengaran
• Rancang latihan pelatih OKU – Pendengaran
• Latih pelatih OKU – Pendengaran
• Rekod maklumat pelatih OKU – Pendengaran
Pra-Syarat0