JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pemulihan Dalam Komuniti [CC-017-3:2015]
Kod CUCC-017-3:2015-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPEMULIHAN PELATIH OKU PERTUTURAN
Penerangan CUKurang Upaya Pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas.

Individu yang telah manjalani latihan ini boleh menerima permohonan pelatih, menilai permohonan pelatih, merancang latihan pelatih, melatih pelatih dan merekod maklumat pelatih.

Hasil daripada pembelajaran ini, individu dapat menjalankan aktiviti pemulihan dengan cara yang betul dan berkesan.
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranIndividu yang mahir dalam Pemulihan Pelatih OKU - Pertuturan boleh menjalankan aktiviti pemulihan dengan cara yang betul dan berkesan. Setelah menyelesaikan Unit Kompetensi ini, individu tersebut akan dapat:-
• Terima permohonan pelatih OKU – Pertuturan
• Nilai permohonan pelatih OKU – Pertuturan
• Rancang latihan pelatih OKU – Pertuturan
• Latih pelatih OKU – Pertuturan
• Rekod maklumat pelatih OKU – Pertuturan
Pra-Syarat0