JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pemulihan Dalam Komuniti [CC-017-3:2015]
Kod CUCC-017-3:2015-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPEMULIHAN PELATIH OKU – MASALAH PEMBELAJARAN
Penerangan CUMasalah Pembelajaran adalah satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lewat perkembangan global, sindrom Down dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik (Dyslexia, Dyscalculia, Dygraphia).

Individu yang telah manjalani latihan ini boleh menerima permohonan pelatih, menilai permohonan pelatih, merancang latihan pelatih, melatih pelatih dan merekod maklumat pelatih.

Hasil daripada pembelajaran ini, individu dapat menjalankan aktiviti pemulihan dengan cara yang betul dan berkesan.
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranIndividu yang mahir dalam Pemulihan Pelatih OKU – Masalah Pembelajaran boleh menjalankan aktiviti pemulihan dengan cara yang betul dan berkesan. Setelah menyelesaikan Unit Kompetensi ini, individu tersebut akan dapat:-
• Terima permohonan pelatih OKU – Masalah Pembelajaran
• Nilai permohonan pelatih OKU – Masalah Pembelajaran
• Rancang latihan pelatih OKU – Masalah Pembelajaran
• Latih pelatih OKU – Masalah Pembelajaran
• Rekod maklumat pelatih OKU – Masalah Pembelajaran
Pra-Syarat0