Job Description (JD)
Nama Program | Operasi Pemulihan Dalam Komuniti [CC-017-3:2015] |
---|---|
Kod CU | CC-017-3:2015-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMULIHAN PELATIH OKU - MENTAL |
Penerangan CU | OKU Mental adalah individu yang mengidapi penyakit mental yang telah diberikan diagnosis (Organic Mental Disorder, Schizopherenia, Mood disorder) selama sekurang-kurangnya dua tahun. Penyakit tersebut telah menyebabkan gangguan serius (sebahagian atau menyeluruh) kepada aktiviti kehidupan. Individu yang telah manjalani latihan ini boleh menerima permohonan pelatih, menilai permohonan pelatih, merancang latihan pelatih, melatih pelatih dan merekod maklumat pelatih. Hasil daripada pembelajaran ini, individu dapat menjalankan aktiviti pemulihan dengan cara yang betul dan berkesan. |
Tempoh Latihan | 300 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang mahir dalam Pemulihan Pelatih OKU - Mental boleh menjalankan aktiviti pemulihan dengan cara yang betul dan berkesan. Setelah menyelesaikan Unit Kompetensi ini, individu tersebut akan dapat:- • Terima permohonan pelatih OKU – Mental • Nilai permohonan pelatih OKU – Mental • Rancang latihan pelatih OKU – Mental • Latih pelatih OKU – Mental • Rekod maklumat pelatih OKU – Mental |
Pra-Syarat | 0 |