Job Description (JD)
Nama Program | PENGENDALIAN ABATOIR RUMINAN [AF-070-2:2015] |
---|---|
Kod CU | AF-070-2:2015-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | AKTIVITI PENYIMPANAN KARKAS |
Penerangan CU | Aktiviti Penyimpanan Karkas ialah kecekapan dalam mengekalkan kualiti karkas di dalam simpanan berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan. Individu yang kompeten dalam aktiviti penyimpanan karkas berupaya untuk menyemak jadual penyembelihan, menimbang karkas, menyediakan ruang penyimpanan karkas, menyusun karkas dan merekodkan proses penyimpanan karkas. Hasil kecekapan unit ini adalah kebolehupayaan untuk mengendalikan proses penghasilan produk abatoir mengikut tatacara kerja dan mematuhi garis panduan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP). |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil kecekapan unit ini adalah kebolehupayaan untuk mengendalikan proses penghasilan produk abattoir mengikut tatacara kerja dan mematuhi garis panduan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP).Di penghujung unit ini, pelatih berupaya untuk :- • Menyemak jadual penyembelihan • Menimbang karkas • Menyediakan ruang penyimpanan karkas • Menyusun karkas • Merekodkan proses penyimpanan karkas |
Pra-Syarat | - |