Job Description (JD)
Nama Program | PENGENDALIAN ABATOIR RUMINAN [AF-070-2:2015] |
---|---|
Kod CU | AF-070-2:2015-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | AKTIVITI PEMBERSIHAN DAN SANITASI |
Penerangan CU | Aktiviti Pembersihan dan Sanitasi ialah kecekapan untuk memastikan sistem pembersihan dan sanitasi dijalankan mengikut Amalan Pengilangan yang Baik (GMP). Individu yang kompeten dalam Aktiviti Pembersihan dan sanitasi berupaya untuk merujuk jadual penyelenggaraan abatoir, menyediakan peralatan dan sanitasi, melaksanakan pembersihan kawasan kerja, melaksanakan sanitasi perkakasan (pisau sembelihan), mengira stok dan merekodkan proses pembersihan dan sanitasi. Hasil kecekapan unit ini adalah kebolehupayaan untuk mengendalikan proses penghasilan produk abatoir mengikut tatacara kerja dan mematuhi garis panduan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP). |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil kecekapan unit ini adalah kebolehupayaan untuk mengendalikan proses penghasilan produk abattoir mengikut tatacara kerja dan mematuhi garis panduan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP). Di penghujung unit ini, pelatih berupaya untuk : • Merujuk Jadual Penyelenggaraan Abattoir • Menyediakan peralatan pembersihan dan sanitasi • Melaksanakan pembersihan kawasan kerja • Melaksanakan sanitasi perkakasan (pisau sembelih) • Pengiraan stok • Merekodkan proses pembersihan dan sanitasi |
Pra-Syarat | - |