Job Description (JD)
Nama Program | Mekanisasi & Automasi Tanaman Padi [AF-065-3:2015] |
---|---|
Kod CU | AF-065-3:2015-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PERATAAN TANAH SAWAH BERJENTERA |
Penerangan CU | Perataan tanah sawah berjentera adalah suatu fungsi kerja yang wajib dimana kerja perataan tanah sawah dikendalikan dengan lebih cepat dan sempurna. Kompetensi ini menerangkan kompetensi dalam kerja perataan tanah sawah berjentera. Calon yang kompetent akan berupaya melawat dan memeriksa keadaan tanah sawah, menyelaraskan kerja-kerja pengukuran aras tanah, menyediakan jentera dan peralatan perataan tanah, menjalankan kerja perataan tanah, memeriksa hasil kerja perataan tanah dan menyediakan laporan kerja Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menghasilkan kualiti kerja perataan tanah yang terbaik menepati kehendak dan spesifikasi tanaman padi |
Tempoh Latihan | 156 |
Objektif Pembelajaran | Pelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berupayaan untuk menggunakan traktor, backhoe loader, leveller (box, sikat, back pusher dsb.), manual asas kerja ukur tanah, keselamatan bekerja, keperluan kerja ukur tanah dan plan tanah bagi mengerjakan perataan tanah sawah menepati peraturan kerja. Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk: • Melawat ke tapak untuk kerja perataan tanah • Menentukan keperluan kerja perataan tanah • Menyediakan jentera dan peralatan untuk perataan tanah • Menjalankan kerja-kerja perataan tanah • Memeriksa hasil kerja perataan tanah • Menyediakan laporan kerja |
Pra-Syarat | Pengendali hendaklah mempunyai lesen memandu jentera dan keupayaan untuk menyelenggarakan jentera-jenteranya |