Job Description (JD)
Nama Program | Mekanisasi & Automasi Tanaman Padi [AF-065-3:2015] |
---|---|
Kod CU | AF-065-3:2015-C09 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENUAIAN PADI BERJENTERA |
Penerangan CU | Penuaian padi berjentera adalah suatu langkah dan proses kerja di mana fungsi-fungsinya dikendalikan secara sistematik dan teratur. Kompetensi ini menerangkan kompetensi dalam kerja penuaian padi berjentera yang membolehkan proses kerja dilaksanakan lebih berkesan, cepat dan sempurna Calon yang kompetent akan berupaya mengenalpasti dan melawat kawasan penuaian, mengesah skop penuaian tapak sawah, menyediakan jentera untuk kerja penuaian, menjalankan kerja penuaian padi, menyimpan jentuai di tapak sawah untuk tempoh sementara, memindahkan jentuai, menyemak hasil kerja penuaian padi dan menyediakan laporan kerja Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menghasilkan kaedah penuaian padi yang efisyen dan produktif yang berjentera ini membolehkan penuaian dapat dilakukan secara sistematik dan lebih teratur. |
Tempoh Latihan | 180 |
Objektif Pembelajaran | Pelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berupayaan untuk menggunakan jentuai (tangential flow, axial flow) lori, jentuai mini (bawah 5tan), bush cutter, mobile trasher, low loader, mobile slasher, tractor, trailer bagi mengerjakan penuaian padi keadah jentera bagi menepati peraturan kerja. Ianya sewajarnya dilaksanakan dan menyempurnakan kerja penuaian padi dengan kaedah yang betul dengan sistem dan prosesnya mekanisasi dan automasi tanaman padi yang lebih berkesan serta jimat masa. Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk: • Mengenalpasti dan melawat kawasan penuaian • Mengesah skop penuaian tapak sawah • Menyediakan jentera untuk kerja penuaian • Menjalankan kerja penuaian padi • Menyimpan jentuai di tapak sawah untuk tempoh sementara • Memindahkan jentuai • Menyemak hasil kerja penuaian padi • Menyediakan laporan kerja |
Pra-Syarat | Pengendali hendaklah mempunyai lessen memandu jentera dan keupayaan untuk menyelenggarakan jentera-jenteranya |