Job Description (JD)
Nama Program | Mekanisasi & Automasi Tanaman Padi [AF-065-3:2015] |
---|---|
Kod CU | AF-065-3:2015-C10 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYELENGGARAAN JENTERA DAN PERALATAN TANAMAN PADI |
Penerangan CU | Penyelenggaraan jentera dan peralatan tanaman padi merupakan fungsi kerja yang berbentuk penyelenmggaraan jentera-jentera tanaman padi bagi memastikan ianya di keadaan yang fungsi dan elok sentiasa dalam proses tanaman padi. Kompetensi ini menerangkan kompetensi dalam penyelenggaraan jentera dan peralatan tanaman padi Calon yang kompetent akan berupaya mengenal pasti kerja penyelenggaraan jentera dan peralatan tanaman padi, menjalankan kerja servis berjadual, menjalankan kerja penggantian komponen jentera, menjalankan kerja baikpulih komponen jentera, menyemak fungsi jentera dan peralatan tanaman padi dan menyediakan laporan Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk memastikan jentera dan peralatan tanaman padi diselenggarakan dengan cara yang betul bagi memanjangkan jangka hayat jentera. |
Tempoh Latihan | 132 |
Objektif Pembelajaran | Pelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berupayaan untuk menyelenggara jentera-jentera dan implement tanaman padi. Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk: • Mengenal pasti kerja penyelenggaraan jentera dan peralatan tanaman padi • Menjalankan kerja servis berjadual • Menjalankan kerja penggantian komponen jentera • Menjalankan kerja baikpulih komponen jentera • Menyemak fungsi jentera dan peralatan tanaman padi • Menyediakan laporan |
Pra-Syarat | Pengendali hendaklah mempunyai lessen memandu jentera dan keupayaan untuk menyelenggarakan jentera-jenteranya |