JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKejurulatihan Bina Insan Negara [O842-001-4:2017]
Kod CUO842-001-4:2017-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPelaksanaan Latihan Fizikal
Penerangan CUPerlaksanaan Latihan Fizikal adalah suatu aktiviti latihan yang melibatkan seluruh anggota badan dalam meningkatkan daya tahan otot, meningkatkan tahap kecergasan badan serta daya tahan kardiovascular setiap pelatih. Latihan fizikal boleh dijalankan di lapangan lokasi latihan (padang kawad, padang bola, dsb), kawasan tinggi serta kawasan melibatkan elemen air (sungai, kolam, tasik, dll).
Individu yang terampil dalam unit kompetensi ini berkemampuan untuk melaksanakan latihan kawad, latihan tali tinggi, latihan kembara halangan, latihan air, latihan jasmani (asas), latihan seni mempertahankan diri (asas), latihan medan serta melaksanakan latihan senamrobik.
Hasil daripada CU ini adalah memastikan peningkatan tahap disiplin, membina karakter unggul, meningkat motivasi diri, memupuk semangat kerjasama serta meningkat kefahaman dari segi keselamatan semasa menjalankan latihan fizikal.
Tempoh Latihan600
Objektif PembelajaranHasil daripada CU ini adalah memastikan peningkatan tahap disiplin, membina karakter unggul, meningkat motivasi diri, memupuk semangat kerjasama serta meningkat kefahaman dari segi keselamatan semasa menjalankan latihan fizikal.
Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: -
1. Laksana latihan kawad
2. Laksana latihan tali tinggi
3. Laksana latihan kembara halangan
4. Laksana latihan air
5. Laksana latihan jasmani (asas)
6. Laksana latihan seni mempertahankan diri (asas)
7. Laksana latihan medan
8. Laksana latihan senamrobik
Pra-Syarat0