Job Description (JD)
Nama Program | Kejurulatihan Bina Insan Negara [O842-001-4:2017] |
---|---|
Kod CU | O842-001-4:2017-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pelaksanaan Metodologi Latihan |
Penerangan CU | Pelaksanaan Metodologi Latihan adalah suatu proses pembelajaran kemahiran mengenai metod atau sistem yang merangkumi kaedahkaedah, teknik-teknik dan prinsip-prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan disiplin seperti dalam latihan serta pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini latihan terfokus kepada proses pembelajaran yang diwujudkan untuk memantapkan kemahiran individu bagi memudahkan individu tersebut melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Individu yang terampil dalam unit kompetensi ini berkemampuan untuk laksanakan latihan secara syarahan, laksanakan latihan secara aktiviti luar, laksanakan latihan secara Latihan Dalam Kumpulan, laksanakan latihan secara dalam talian dan laksanakan latihan secara kajian kes/ projek khas. Hasil daripada CU ini adalah memastikan individu yang menerima latihan akan menguasai ilmu metodologi latihan yang berimpak dan sistematik untuk disampaikan kepada peserta dengan memenuhi kriteria latihan yang ditetapkan oleh prosedur latihan organisasi. Penguasaan pelbagai kaedah dan teknik penyampaian dengan menggunakan alat bantuan mengajar akan meningkatkan kemahiran, minat dan kefahamanan peserta yang terlibat. |
Tempoh Latihan | 400 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada CU ini adalah memastikan individu yang menerima latihan akan menguasai ilmu metodologi latihan yang berimpak dan sistematik untuk disampaikan kepada peserta dengan memenuhi kriteria latihan yang ditetapkan oleh prosedur latihan organisasi. Penguasaan pelbagai kaedah dan teknik penyampaian dengan menggunakan alat bantuan mengajar akan meningkatkan kemahiran, minat dan kefahamanan peserta yang terlibat. Di akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih akan dapat:- 1. Laksana latihan secara Syarahan 2. Laksana latihan secara Aktiviti Luar 3. Laksana latihan secara Latihan Dalam Kumpulan 4. Laksana latihan secara Dalam Talian 5. Laksana latihan secara Kajian Kes/Projek Khas |
Pra-Syarat | 0 |