Job Description (JD)
Nama Program | Kejurulatihan Bina Insan Negara [O842-001-4:2017] |
---|---|
Kod CU | O842-001-4:2017-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pengawasan Keselamatan Kesihatan & Persekitaran Latihan |
Penerangan CU | Pengawasan Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Latihan adalah suatu proses melatih dan melengkapkan jurulatih dengan ilmu dan kemahiran berkaitan penjagaan dan pengawasan elemen-elemen keselamatan, kesihatan dan persekitaran disepanjang sesuatu latihan itu dilaksanakan yang melibatkan individu-individu, peralatan, keperluan latihan dan kawasan tempat latihan. Individu yang terampil dalam unit kompetensi ini berkemampuan untuk mengenalpasti dokumen terperingkat, memerika kondisi peralatan latihan, memeriksa kondisi peralatan kecemasan, memeriksa keselamatan / kesihatan jurulatih dan peserta, memeriksa keselamatan fasiliti dan memeriksa keselamatan tapak latihan berpandukan akta keselamatan & Kesihatan pekerjaan (OSHA 1994). Hasil daripada CU ini, adalah untuk memastikan jurulatih berupaya untuk bersedia di dalam perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan latihan yang dijalankan berdasarkan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan. |
Tempoh Latihan | 250 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada CU ini, adalah untuk memastikan jurulatih berupaya untuk bersedia di dalam perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan latihan yang dijalankan berdasarkan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih akan dapat: - 1. Kenalpasti dokumen terperingkat; 2. Periksa kondisi peralatan latihan; 3. Periksa kondisi peralatan kecemasan; 4. Periksa kesihatan peserta; 5. Periksa keselamatan fasiliti; 6. Periksa keselamatan tapak latihan. |
Pra-Syarat | 0 |