Job Description (JD)
Nama Program | Pentadbiran Khidmat Komuniti [CC-016-4:2015] |
---|---|
Kod CU | CC-016-4:2015-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | KOORDINASI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI |
Penerangan CU | Koordinasi program khidmat komuniti adalah satu kompetensi untuk memastikan program dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Kompetensi ini meliputi pengurusan sumber tenaga kerja, logistik dan aset serta melaksanakan pemantauan dan penilaian program. Seseorang yang terlibat di dalam koordinasi program khidmat komuniti mesti boleh kenalpasti perincian program, kenalpasti kumpulan pelaksana, pantau pelaksanaan program, nilai keberkesanan program dan sedia laporan pelaksanaan program Hasil daripada koordinasi program khidmat komuniti yang efektif dapat memastikan kelancaran dan objektif program tercapai |
Tempoh Latihan | 268 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang mahir koordinasi program khidmat komuniti ini boleh menjalankan program yang efektif dapat memastikan objektif pelaksanaan program tercapai. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih akan dapat: • Kenalpasti perincian program • Kenalpasti kumpulan pelaksana • Rancang penglibatan komuniti • Pantau aktiviti jalinan hubungan (community engagement) • Pantau pelaksanaan program • Lakukan penilaian keberkesanan program • Sedia laporan pelaksanaan program |
Pra-Syarat | 0 |