Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Kejurulatihan Bina Insan Negara [O842-001-5:2017] |
---|---|
Kod CU | O842-001-5:2017-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pengurusan Logistik Latihan |
Penerangan CU | Pengurusan Logistik Latihan adalah suatu ilmu urus tadbir inventori dengan tujuan bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dan modal. Ianya merujuk kepada pengurusan sumber seperti bahan mentah, produk, ubat-ubatan, peralatan, makanan, maklumat dan sebagainya yang melibatkan penstoran dan mobiliti di lokasi latihan. Individu yang terampil dalam unit kompetensi ini berkemampuan untuk uruskan stor latihan, uruskan keperluan peralatan latihan, uruskan lokasi latihan, uruskan sajian latihan, uruskan pengangkutan dan uruskan tempat penginapan Hasil daripada CU ini adalah untuk memastikan keupayaan mengoptimumkan penggunaan sumber dan modal jabatan sekaligus bersifat kos efektif kepada jabatan dalam menguruskan sesuatu latihan. Kompetensi ini juga bermaksud keupayaan mengurus tadbir sesuatu keperluan logistik dengan lebih efisien dan tuntas mengikut keperluan latihan. |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Hasilan daripada kompetensi ini adalah keterampilan jurulatih dalam aspek pengurusan latihan yang berupaya untuk mengurus tadbir aspek keperluan logistik sesuatu latihan secara tuntas, sistematik dan efektif selaras dengan objektif sesebuah organisasi. Kompetensi ini juga akan dapat memperkukuhkan elemen bantuan pekhidmatan bagi memenuhi kehendak latihan dan pelanggan. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih akan dapat: - 1. Urus stor latihan; 2. Urus keperluan peralatan latihan; 3. Urus lokasi latihan; 4. Urus sajian latihan; 5. Urus pengangkutan; 6. Urus tempat penginapan. |
Pra-Syarat | 0 |