JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Kejurulatihan Bina Insan Negara [O842-001-5:2017]
Kod CUO842-001-5:2017-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPengurusan Kualiti Latihan
Penerangan CUPengurusan Kualiti bermaksud proses kerja yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan mengikut standard yang ditetapkan yang melibatkan semua aspek dalam organisasi. Ianya juga melibatkan aspek MS-ISO 9001/2015, EKSA, Sistem 5S dan lain-lain penambahbaikan berterusan berteraskan pengurusan kualiti yang digunapakai oleh organisasi.
Individu yang terampil dalam unit kompetensi ini berkemampuan untuk urus tadbir dokumen/rekod latihan berasaskan sistem kualiti, laksanakan aktiviti latihan berasaskan sistem kualiti, pantau kawalan kualiti peralatan latihan, pantau kawalan kualiti sajian, kawalselia aspek kualiti pengurusan stor latihan dan kawalselia aspek kualiti persekitaran tempat kerja.
Hasil daripada CU ini adalah
untuk memastikan pengurusan kualiti latihan menjurus kepada aspek pengurusan dan standard latihan sesebuah organisasi lebih menepati ciri-ciri pentadbiran latihan yang sistematik, terkawal, efisien, efektif dan bersifat tuntas.
Tempoh Latihan200
Objektif PembelajaranHasilan daripada kompetensi ini adalah keterampilan jurulatih dalam aspek Pengurusan Kualiti Latihan yang berupaya menzahirkan hasil kerja yang sistematik, berkualiti dan efektif selaras dengan objektif sesebuah organisasi.
Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih akan dapat:- 1. Urus dokumen latihan berasaskan sistem kualiti; 2. Laksana aktiviti latihan berasaskan sistem kualiti; 3. Urus kawalan kualiti tempat latihan; 4. Pantau kawalan kualiti peralatan latihan; 5. Pantau kawalan kualiti sajian; 6. Kawalselia aspek kualiti pengurusan stor latihan; 7. Kawalselia aspek kualiti persekitaran tempat kerja.
Pra-Syarat0