Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Kejurulatihan Bina Insan Negara [O842-001-5:2017] |
---|---|
Kod CU | O842-001-5:2017-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pengurusan Risiko |
Penerangan CU | Pengurusan risiko adalah aktiviti mengenalpasti, menilai, dan mengatur pelbagai aspek risiko sebagai kesan ketidaktentuan kepada matlamat utama organisasi sama ada positif atau negatif, diikuti oleh penggunaan sumber secara teratur dan ekonomi bagi mengurangkan, memantau dan mengawal kemungkinan serta kesan kejadian yang tidak diingini atau bagi memaksimakan penzahiran peluang. Pengurusan risiko juga dapat mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku semasa latihan. Individu yang terampil dalam unit kompetensi ini berkemampuan untuk uruskan risiko pelaksanaan latihan, uruskan risiko peralatan latihan, uruskan risiko kawasan latihan, uruskan risiko kesihatan, uruskan risiko pengangkutan dan uruskan tindakan kecemasan Hasil daripada CU ini adalah untuk memastikan keberangkalian kejadian yang tidak diingini berlaku dalam perlaksanan sesuatu latihan dimana imej organisasi utuh terpelihara dan mendapat kepercayaan pelanggan mahupun masyarakat. |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Hasilan daripada kompetensi ini adalah keterampilan jurulatih dalam menghadapi aspek –aspek berisiko kepada peraturan dan perlaksanaan latihan yang dapat mencegah berlakunya sebarang bencana latihan mahupun meminimakan “Training Hazard”. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih akan dapat: - 1. Urus risiko perlaksanaan latihan; 2. Urus risiko peralatan latihan; 3. Urus risiko kawasan latihan; 4. Urus risiko kesihatan; 5. Urus risiko pengangkutan; 6. Urus tindakan kecemasan. |
Pra-Syarat | 0 |