Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Khidmat Komuniti [CC-016-5:2015] |
---|---|
Kod CU | CC-016-5:2015-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGAUDITAN PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI |
Penerangan CU | Pengauditan program khidmat komuniti adalah kompetensi yang sangat penting bagi memastikan pengurusan operasi dan perbelanjaan program dibuat mengikut perancangan yang telah dibuat. Seseorang yang terlibat di dalam pengauditan program khidmat komuniti hendaklah boleh menentukan perincian program, melaksanakan audit program, menilai keberkesanan program dan menyediakan laporan audit. Hasil daripada pengauditan Program Khidmat Komuniti akan dapat memastikan segala perancangan yang telah dibuat dijalankan dengan telus demi memastikan tidak berlaku penyelewengan dan pembaziran serta program yang dijalankan berkesan. |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang mahir dalam pengauditan program khidmat komuniti yang efektif dapat memastikan segala perancangan yang telah dibuat dijalankan dengan telus demi memastikan tidak berlaku penyelewengan dan pembaziran serta program yang dijalankan berkesan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih akan dapat: • Tentukan pelaksanaan audit program • Laksana audit program • Nilai keberkesanan program • Sedia laporan audit |
Pra-Syarat | - |