Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Khidmat Komuniti [CC-016-5:2015] |
---|---|
Kod CU | CC-016-5:2015-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | KAJIAN KEPERLUAN DAN IMPAK PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI |
Penerangan CU | Kajian keperluan dan impak program khidmat komuniti satu kemahiran menjalankan kajian bagi mengkaji keperluan kebajikan komuniti dengan mengambil kira semua ahli komuniti. Seseorang yang terlibat di dalam kajian keperluan dan impak program khidmat komuniti hendaklah boleh mengenalpasti skop analisa, melaksanakan kajian rintis, melaksanakan aktiviti pengumpulan data, menganalisis data terkumpul dan menyediakan rumusan kajian. Hasil daripada kajian keperluan dan impak program khidmat komuniti akan dapat digunakan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti atau program yang lebih berkesan dan terarah kepada kumpulan sasar. |
Tempoh Latihan | 300 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang mahir dalam kajian keperluan dan impak program khidmat komuniti yang efektif dapat digunakan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti atau program yang lebih berkesan dan terarah kepada kumpulan sasar. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih akan dapat: • Kenalpasti skop analisa • Laksana kajian rintis • Laksana aktiviti pengumpulan data • Analisis data kajian • Sediakan rumusan kajian |
Pra-Syarat | - |