Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN OPERASI LADANG PADI [AF-051-4:2015] |
---|---|
Kod CU | AF-051-4:2015-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMANTAUAN OPERASI LADANG |
Penerangan CU | Pemantauan Operasi Ladang ialah aktiviti untuk memantau kerja-kerja pengeluaran padi yang terlibat seperti penyediaan tanah, penanaman padi, pembajaan dan penuaian. Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah memeriksa keperluan pemantauan operasi ladang, merancang pemantauan operasi ladang, memantau operasi ladang dan menyediakan laporan pemantauan operasi ladang mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Hasil unit kompetensi ini adalah operasi pengeluaran padi yang lancar mengikut perancangan bagi mendapatkan hasil yang optimum (berkualiti, harga tinggi dan pemutuan baik) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan melakukan ativiti pemantauan agar operasi pengeluaran padi yang lancar mengikut perancangan bagi mendapatkan hasil yang optimum (berkualiti, harga tinggi dan pemutuan baik) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Periksa keperluan pemantauan operasi ladang • Rancang pemantauan operasi ladang • Pantau operasi ladang • Sediakan laporan pemantauan operasi ladang |
Pra-Syarat | - |