Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN OPERASI LADANG PADI [AF-051-4:2015] |
---|---|
Kod CU | AF-051-4:2015-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN KEPERLUAN PRASARANA LADANG PADI |
Penerangan CU | Pengurusan Keperluan Prasarana Ladang Padi ialah aktiviti untuk menguruskan keperluan prasarana yang baru ataupun untuk dibaik pulih di ladang padi seperti sistem saliran dan pengairan, jalan ladang, lintasan ladang. Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan prasarana mengikut keperluan ladang, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah menganalisa keperluan prasarana ladang padi, menyediakan pelan tindakan pembangunan prasarana ladang, memohon peruntukan pembangunan dan penyengaraan ladang, menyelaraskan pembangunan prasarana ladang, memantau pelaksanaan pembangunan prasarana ladang dan menyediakan laporan prestasi pembangunan prasarana ladang mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Hasil unit kompetensi ini adalah ladang padi mempunyai kelengkapan prasarana yang cukup, kondisi yang baik dan selamat bagi menghasilkan pengeluaran padi yang optimum serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). |
Tempoh Latihan | 200 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan menguruskan keperluan prasarana agar ladang padi mempunyai kelengkapan prasarana yang cukup, kondisi yang baik dan selamat untuk pengeluaran padi yang optimum serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Analisis keperluan prasarana ladang padi • Sediakan pelan tindakan pembangunan prasarana ladang • Pohon peruntukan pembangunan dan penyenggaraan ladang • Selaraskan pembangunan prasarana ladang • Pantau pelaksanaan pembangunan prasarana ladang • Sediakan laporan prestasi pembangunan prasarana ladang |
Pra-Syarat | - |