Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN OPERASI LADANG PADI [AF-051-4:2015] |
---|---|
Kod CU | AF-051-4:2015-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBANGUNAN SUMBER TENAGA MANUSIA |
Penerangan CU | Pembangunan Sumber Tenaga Manusia ialah aktiviti untuk membangunkan sumber tenaga pengeluaran padi yang produktif yang terlibat dengan kerja-kerja seperti penyediaan tanah, penanaman padi, pembajaan dan penuaian. Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalahmengendalikan pengambilan pekerja, mengaturkan latihan pekerja, memantau prestasi pekerja dan menangani isu-isu tenaga kerja. Hasil unit kompetensi ini adalah operasi pengeluaran padi yang lancar mengikut perancangan bagi mendapatkan hasil yang optimum (berkualiti,harga tinggi dan pemutuan baik) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan membangunkan sumber tenaga manusia yang terampil dan layak melaksanakan operasi pengeluaran padi mengikut Amalan Pertanian Baik (MyGAP) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Kendalikan pengambilan pekerja • Aturkan latihan pekerja • Pantau prestasi pekerja • Tangani isu-isu tenaga kerja |
Pra-Syarat | - |