Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN OPERASI LADANG PADI [AF-051-4:2015] |
---|---|
Kod CU | AF-051-4:2015-C07 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI PENGELUARAN PADI |
Penerangan CU | Pengurusan Pemindahan Teknologi Pengeluaran Padi ialah aktiviti untuk menguruskan kerja-kerja pemindahan teknologi pengeluaran padi yang terlibat bagi memajukan lagi aktiviti di ladang padi seperti penyediaan tanah, penanaman padi, pembajaan dan penuaian supaya lebih produktif, selamat, ekonomikal dan mesra alam. Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah menganalisa keperluan teknologi pengeluaran padi, melaksanakan plot percubaan untuk applikasi teknologi, mendapatkan kelulusan perpindahan teknologi dari pihak atasan, menjalankan pemindahan teknologi dan memantau keberkesanan pemindahan teknologi. Hasil unit kompetensi ini adalah operasi pengeluaran padi yang lancar mengikut perancangan bagi mendapatkan hasil yang optimum (berkualiti,harga tinggi dan pemutuan baik) serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). |
Tempoh Latihan | 240 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan mengurus aktiviti pemindahan teknologi pengeluaran padi yang efektif dan ekonomikal untuk digunapakai bagi membantu meningkatkan hasil pengeluaran padi yang optimum (berkualiti, harga tinggi dan pemutuan baik) mengikut Amalan Pertanian Baik serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Analisis keperluan teknologi pengeluaran padi • Laksanakan plot percubaan untuk applikasi teknologi • Dapatkan kelulusan pemindahan teknologi dari pihak atasan • Jalankan pemindahan teknologi • Pantau keberkesanan pemindahan teknologi • Sediakan laporan pemindahan teknologi pengeluaran padi |
Pra-Syarat | - |