Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN LADANG PADI [AF-051-5:2015] |
---|---|
Kod CU | AF-051-5:2015-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN KEWANGAN LADANG |
Penerangan CU | Pengurusan Kewangan Ladang ialah aktiviti pengurusan yang melibatkan bajet organisasi, perbelanjaan operasi pengeluaran padi . Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), senarai semak (Rice Check) keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, perancangan kewangan serta polisi organisasi. Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah menyemak keperluan aktiviti perngkormesilan padi,menyediakan pelan peningkatan hasil, menyediakan pelan perniagaan, melaksanakan aktiviti pengkomersilan, memantau pelaksanaan aktiviti pengkomersilan dan menyediakan laporan kemajuan mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Hasil unit kompetensi ini adalah anggaran bajet ladang yang menepati perancangan kewangan dan sasaran organisasi untuk kelancaran operasi organisasi sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN). |
Tempoh Latihan | 300 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompetensi di dalam CU ini, akan menghasilkan anggaran bajet ladang yang menepati perancangan kewangan dan sasaran organisasi untuk kelancaran operasi organisasi sejajar dengan sasaran Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Semak keperluan pengurusan kewangan ladang • Rancang bajet • Kawal perbelanjaan • Nilaikan semula bajet • Sediakan dokumen pengurusan bajet |
Pra-Syarat | - |