Job Description (JD)
Nama Program | Kepustakawanan (Operasi) [R910-001-2:2017] |
---|---|
Kod CU | R910-001-2:2017-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Perkhidmatan Kaunter Perpustakaan |
Penerangan CU | Perkhidmatan kaunter perpustakaan adalah suatu aktiviti yang dapat membantu pengguna berurusan dikaunter perpustakaan mengikut dasar perkhidmatan perpustakaan. Individu yang berketerampilan didalam CU ini mampu melaksanakan aktiviti pendaftaran keahlian baharu, pinjaman/pembaharuan dan pemulangan bahan, pertanyaan rujukan umum dan aduan, menguruskan kemudahan perpustakaan serta denda lewat pemulangan. Hasilan daripada CU ini adalah untuk memastikan proses perkhidmatan kaunter dapat dilaksanakan mengikut piagam pelanggan dan kemudahan perpustakaan dapat disediakan mengikut keperluan pengguna. |
Tempoh Latihan | 210 |
Objektif Pembelajaran | Hasil kompetensi ini adalah untuk memastikan proses perkhidmatan kaunter dapat dilaksanakan mengikut piagam pelanggan dan kemudahan perpustakaan dapat disediakan mengikut keperluan pengguna. Pada akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: - 1. Laksana pendaftaran keahlian baharu 2. Laksana pinjaman/ pembaharuan bahan perpustakaan 3. Laksana pemulangan bahan perpustakaan 4. Laksana denda lewat pemulangan bahan 5. Urus tempahan kemudahan perpustakaan 6. Kendali pertanyaan rujukan umum dan aduan |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |